Sunday, May 31, 2009

...XTVT last weekend kali ni:::::::

sALAM,

Last weekend aku teman mr Lanz shoping..tolong pilih baju, seluar n tie nak kena matching..lama jugek erk teman laki shoping..ingat pmpuan je kuat shoping..bukan 1st time aku teman mr Lanz shoping nie..kali ni teman dia beli baju formal lol..maklum la dapat keje baru tggal aku sorg2 kat sini..uhuk2!..sedey..p demi masa depan dia n kiteorg ku rela hati..kiteorg? ermm..hee.Insyaallah.pe2 Tahniah mr Lanz.

Mrlanz rembat 4 baju kemeja n also 4 suar slack, 3 tie, belt...bis RM700..maklum la dapat bonus..pastu tak kire g utk aku skali dia belikan blaus warna pepel n handbag..hehehe..tqum..aku shoping 10 minit je sbab b4 dia aku dah ada survey brg2 ni b4 dtg ngan mr Lanz.gpun pastu nak tgk movie cter kartun..kaki wayang tol...mr Lanz lama shoping dekat 2jam lebih.mau patah kakiku..tapi takpela demi mr Lanz...

masa g parkson after shoping lepak2 jap sbb penat jejalan..kwn mr lanz ngan gf kwn mr lanz terjumpa ngan kteorg..ter..ter..n bertegur sape lol..salam bersalam..bertanya khbar..maklum la kwn 1 sekolah mr lanz dulo2..kwn mr Lanz ckp cam pernah nampak muke aku..adus..familiar bnar muke aku ni..g interview pun dak laki besut gek kata pernah nampak gek aku..p aku tak kenal or pernah nampak pun dorg.mybe dorg kenal aku n aku tak kenal dorg..hehe.huhu..byk pelanduk 2 serupa kot..tak best r camtu..syik jumpe kwn mr Lanz aje...hmm..ke mana2 kwn dia mesti ada..ramai tol kwn dia..hehe..kwn ramai takpe...ehem2 tak leh la ramai2, sorg dah kan..


p/s: kwn2 aku pun ramai nak kawin n dah kawin tahun ni..fariza, melissa,zarina,bob, azmi, razwan@wan n lain2 yg aku lupe name..Selamat Pengantin Baru..yg jadik mak org pun dah ada..smpai aku tgk macam makcik org selekeh dah penampilan walau umo baru 24.maklum la dah kawin ada anak tak smpat bersolek n jaga penampilan dah kan..p bagi aku, kawin lagi kena solek,,4 suami ( kalu kawin la..Insyaallah).erkkkk..hee..larikkkkkk....
(byk g nak cter wahai blog ku p tak cukup nak cter..tak perlu cter smua kan..hehe)i love myblog




its me..


ni bukan mr lanz..ni satu2nya anak buah aku lol..hee


sampai lebam mata aku..uhuk2

Tuesday, May 26, 2009

WALIMATUL URUS..23 MEI 2009

WALIMATUL URUS,,,

Salam,

Ringkasnya, Minggu lepas aku bercuti seminggu.Kesempatan itu ibarat menyelam sambil minum air,,,aku g interview n majlis perkahwinan abang sulong ku, abangWa a.k.a abangNuar.Tema Merah Putih.hee..Majlis ini berlangsung di rumah kak ipar aku iaitu Nor Iada binti Omar di Kampung Felda bukit sagu, Kuantan Pahang...jauhhhhh dari besut tu..huhu..Tp hepi dapat 1st kakak ipar..(nak buli pas ni..hehe)


p/s: SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK ABDULLAH BIN MOHAMAD (ABG NUAR) BERSAMA PASANGANNYA NOR IADA BINTI OMAR.. SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT.Amin..


(Kak ipar n abangku)





>>>ct, kakpia n aku..hee..adik bongsu n anak buah)








Sunday, May 24, 2009

DUNGUN n MARANG...jommmm...

cuti seminggu ni..

aku p temuduga di Dungun dan Marang..

jauh lol bertolak jam 4am ke dungun..jam 7am baru sampai (19/5/2009)
(START:::BESUT >> SETIU >> KUALA BERANG >> AJIL >> DUNGUN)

pastu pergi umah maksu kat kg Rhu Muda, Seberang Marang, Marang, Tganu..nak p interview kat marang lol..(20/5/2009)


balik dari marang ke KT pastu mik bas sekali g ke besut..fuhhh..

penat sgt...


next??? ...hmmm..heee..Walimatul urus lak..hee


p/s: syik dpt interview je byk..ntah bila nak dapat lak..huhu..semua post pegawai tadbir,,,

Thursday, May 14, 2009

:::aktiviti ponteng kerja kerana kerja bersama mr L:::

Semalam (KHAMIS 14/5/2009) aku pergi la interview terbuka kat smk ptrajaya..ramai gler manusia..huhuu..aku pk juz cari pengalaman temuduga....mr lanz yg hantar n teman..merempit lol keje aku ngan mr lanz...pagi2 aku kejutkan dia..tapi dia lambat sampai..aku agak give up nak teruskan tggu turn diinterview..huhu.tambahan mr Lanz ponteng keje smata-mata tggu aku..tak baloi lau aku balik.bayangkan 830am-430pm ktaorg tggu.berdiri..aku tgk penuh peluh kat leher n muka mr Lanz..susun sijil aku..rasa mahu lap je..kesiannyerrr..huhu..aku tgk mr Lanz tak sihat..peluh2 n jalan macam lemah je...kesian dia..tambah sayang kat mr Lanz yang slalu ada utk aku..moga mr Lanz sihat n sembuh demam.. aku jadi gf yang byk menyusahkan dia kan..rrrrr...memang dia baik sgt3...(jangan kembang mr lanz..tmbh gumuk lol mr lanz nanti..)hmm

adik aku sMs gtau aku dpt surat panggilan interview pegawai tadbir kat KETENGAH,Dungun tganu..mintak2 dapat post ni..kebetulan aku nak balik kampung 17hb-24hb mei ini..bercuti smggu tgal mr lanz kat sini..mintak rezeki aku murah tahun ni..azam aku nak dapat keje gov tetap tercapai tahun ni.Amin..mr Lanz dah berjaya dapat keje kat pahang..tggal aku sorg2 kat sini..hilang tmpat kebergantungan aku kat sini..hehe..saat terakhir mr Lanz n aku kat s'gor..tapi mr Lanz janji akan jenguk aku ujung mggu (kalu tak tunai..ngamuk..-->>ayat aku biase ngan die.ngee~)errrr...



to mr Lanz: abang, sayang amat sayangkan kamu..

Monday, May 11, 2009

UNTUK TATAPAN MUSLIM: MANDI WAJIB JANGAN ANGGAP MUDAH!!::

Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di dalam masyarakat kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya air tidak dapat sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang untuk sampai ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Tips Tambahan

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) - (HR Ahmad) - Doa tengok cermin.

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. - selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)

Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”

Sekian, kalau ada salah dan silap, tolong tunjukkan. Wallahu a’lam
copy: http://soleh.net/2008/01/22/mandi-wajib-nampak-mudah-tapi-penting/

Thursday, May 7, 2009

::hehe:::

hehe..


hee...(^^)


hik hik..

haha..


huhu

uhuk2..(@@)


toin3>>



p/s: takde keje lol ni..g p.malam putrajaya lagik malam ni ngan mr Lanz..erm..hehe

Monday, May 4, 2009

Samakah??

Salam,

Hari ini seperti semalam...

pe yang penting bos takde..ngeh3! (^^)

macamana ngan esok..???





p/s: lenguh2 je..simpton2 itu dtg lg lol..huhu

blogmu...:::

kwn aku kata:

blog utk promosi kwn2

promosi moto, kete,

makan minum ri ni..

but, not promosi lover..

kata lover kwn baik..

tapi nampak gaya cam kwn lagi baik dari lover?


memang akan camtu sampai bila2 coz lau dah anggap lover tu leh dtg n pergi dlm hidup nyer kan..


sabarlah kwn..sabarlah..tau kamu tak punya kwn2 macam dia..sampai bila dia takkan faham kamu..mungkin kamu tak sesuai utknya.. mungkin...mungkin dia hanya bunga api..bunga api walau menyinari hidupmu, cantik ceria tapi sekejap cuma..lama2 ianya akan melukaimu..lain dengan lilin, walau dia tak dpt menemanimu dgn cahaya nye yang biase tapi dia akan membahgiakanmu..percayalah kawan..dia pk kamu sayang sangat dia, sebab dia tak jaga kamu dgn baik..padahal takde kamu takde org sayang dia..dia belum sedar diri walau dia bijak berkata2 dengan kamu..tol tak?? mngkin kamu malang kenali dia..tapi mungkin kamu kecewa suatu masa kamu akan jumpa lilin kamu..sabarlah..

p/S:bermonolog.. siapa aku. kamu n dia?

Sunday, May 3, 2009

:::AKU JAGA BOS!!::::

Salam,

Hari ini aku g ofis, sampai je rasa mengantuk je..keje dah siap dah..cuma study skit nak present kat bos..

4 today n tmrow, aku diminta mengganti PA (Personal Assistant) kepada Timbalan Pengarah eKL, Encik XXXXXX .."jaga bos"..hmmm..harap tak perlu la aku kena buat air..huhu..fhm2la tugas PA ni..

hmmm. dah kurang rasa mengantuk...



p/s: kalu org yang jaga aku ada besh gek..;P..sila buat air utk saya..kih3..jadi bos lol jwbnyer