Monday, March 16, 2009

Pengalaman Interviewku.::

Salam,

Smlm aku menghadiri temuduga lagik..kat KPDNHEP,Precint 2,Putrajaya..
jam830am aku dah ada kat dewan KPDNHEP..

berdebar2 jugak..rasa memulas perut..darah gemuruh ku tiba ler..
aku mencuba nasib je ni..camne la panel temuduga tu erk? ok ke?
huhu

Angka giliran aku no:2 Bilik temuduga:4
Langkah ku memasuki bilik temuduga..2 orang panel..1 perempuan (berusia sikit) 1 lelaki (muda)

turn aku..pengalaman aku utk iview kali ni..aku agak prepare soklan daripada penampilan...aku juz kai selipar high heel je..(patut kai kasut)..akibat gabra juga masuk..aku di"smash" panel pempuan.."Awak ni orang Islam ke salam pun tak bagi"..adus..tensen..mula2 dah terkena..tapi aku tersenyum aje n beri salam..Panel pempuan tak jawab..(Patut aku kena smash balik berdosa tak jwb salamhehe)

Seterusnya, aku ditegur krn letak handbag di bahu spatut letak dibawah..huhu..siot je..arghh..etika temuduga aku faill ke?huhu..(gabra lagik)aku masih tersenyum~hehe

Then, Panel Perempuan meminta aku menyatakan nama penuh n tempat asal..Panel Lelaki plak juz memerhati n menyelak sijil2 asal aku..

Panel perempuan: Pernah bekerja?
Aku : Pernah
Panel Perempuan :Ceritakan Pengalaman
Aku :(cerita je la)
Panel Perempuan:Dah kawin belum?
Aku :Belum
Panel Perempuan:Nak kawin tak?
Aku :Insyaallah (panel lelaki tersenyum)
Panel Perempuan:Bila nak kawin?
Aku :Bukan tahun ni la..(Aku tersenyum.Aku faham soalan ni takut kalau
aku kahwin dlm masa terdekat tak dpt bagi komitmen pada keje nanti)

Panel Perempuan serahkan soalan seterusnya kepada panel lelaki. Panel lelaki menyelak sijil asal aku.Skrol Ijazah

Panel Lelaki :Cik Mardiana ambik major sains politik kan, so apakah senario
politik yang cik lihat yang dapat Dato shahrir buat dengan keadaan
sekarang?
Aku :(aku related peranan ahli politik dengan krisis eko=ekonomi
politik) hehehe...(tak pasan jwpan aku pro kerajaan n pro
pmbangkang?)

Panel lelaki mengangguk lagi..

Panel Lelaki :Apakah skop tugas pegawai pemantau harga?
Aku :(pantau harga>>lapor ke MHBN)
Panel lelaki :Kalau stakat pantau n lapor harga je kalayakan SPM boleh buat,,ni degree..cik pun degree..camne? (soalan membidas aku erk..dlm skop tugas pun dorg letak camtu..apekehe?)
Aku :Iye, tetapi semasa membuat laporan harga barangan tu kita perlu
menganalisa data2 tersebut, membuat cadangan n pendapat. Bukan letak
data shaja.

Panel lelaki mengangguk2..

Panel Lelaki :Apakah faktor harga susu meningkat?
Aku :erm..bagi pandangan saya, harga susu meningkat disebabkan faktor
pemintaan yang tinggi.. (haha.aku ni main hentam..huhu)
Panel perempuan:Dari mana datangnya susu?
Aku :Negara ke?
Panel perempuan:Susu dari mana?
Aku :Lembu (aku pk negara ke maksud dorg sbb perkataan "dari mana")
Panel perempuan :SO susu mentah
Aku :(argh..pe ni..klu ke.huhu.)

masa dah cukup 15 minit..aku keluar..Panel mengucapkan terima kasih..Begitu juga aku..

apa aku dapat simpulkan: Aku rasa aku gagal memenuhi tips temuduga..terutama cara masuk bilik temuduga..Bukan 1st time aku temuduga tetapi apa yg aku expect lain..aku expect soalan biase aje n mungkin tak skema sbb jawatan pun kontrak setahun! tapi ni pengajaran buat aku..pe2 aku bersyukur aku dptmenjawab soalan n aku tak menggeletar ..aku bertawakal..rezeki dariNYA..moga apa Allah bagi kat aku terbaik untuk aku..korg blaja la pe yang aku cterkan ni erk,,,hee

Pe2 panel pmpuan tak best...garang!! after kuar bilik temuduga bertemu kwn2 baru,,hehe,,,macam2 dorg cter,,,semua cter bih kurg nasib aku..tapi aku tak marah..stsa senyum masa ivew..mgkin dorg nak uji ketahanan emosi seseorg..skang aku mampu bertawakal..Salam..

created by: dianaz602


P/s:Panel ada tya ada lesen n laptop?..lupa..hee

"mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar,Didik janganlah diherdik"

5 comments:

Lanz™ said...

pengalaman berharga..jadikan panduan. he

diYana said...

to mr lanz~insyaallah!thanks..

Jun said...

saya, first tahun ni nak cuba2. sok temuduga PPH. harap berjayala kan. susah... lama nganggur ni.

Unknown said...

Sok ade interview job ni. Harap berjaya.

Unknown said...

Ya allah seram pon ada. Doa doa lah aku lulus hahahaha