Monday, April 27, 2009

:::JOm Pelengkap Diri : Ilmu Rumahtangga!!:::

Salam Pembuka Bicara,

SAudara,

Sesiapa sahaja yang ingin melangkah ke alam perkahwinan perlu melengkapkan diri masing2 mengenai ilmu rumahtangga dengan menjadikan pengalaman rumahtangga yg bermasalah org lain sebagai pedoman n rumahtangga yang bahagia jadikan panduan..tol tak?

Ilmu bukan sahaja dipelajaru tetapi perlu diterapkan dan cuba diamalkan.. Memang pakej kursus kahwin ada disediakan, tetapi belum cukup untuk mematangkan diri dalam mengharungi alam rumahtangga. walau diri sendiri belum ada pengalaman berkahwin tetapi saya sekadar pemerhati sekeliling. sekarang ini menjadi perkara biase -perceraian.contoh melalui SMS. Sedangkan kita sedia maklum perkara yang halal dibenci Allah ialah perceraian. Sudah tentu perkahwinan yang dibina yang kita harapkan adalah kebahagiaan bersama yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.. Kahwin bukan untuk tuntutan seks semata2 tetapi kerana Allah..Perkahwinan bukan untuk di test2 ok! Usia 20-25 adalah usia pramatang. Ketika usia sebegini kita dikatakan kurang bersabar. So, perkahwinan di usia muda dikatakan faktor berlaku perceraian. Tetapi benarkah? Mungkin perkahwinan ini kerana persediaan yang tidak total n terburu2. Jika anda bersedia faktor usia muda tidak menghalang anda membina rumahtangga yang harmonis.

Khususnya kepada sesiapa yang belum berkahwin,mulai sekarang kita perlu mulakan usaha untuk belajar n pelengkap diri tersebut samada material, rohani, jasmani n fizikal..semuanyer memerlukan kekuatan. perkahwinan juga menuntut tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ibu atau pun ayah..sudahkah kita bersedia bergelar status tersebut untuk memikul tanggungjawab yang perlu dipikul?.. Kita perlu berusaha dengan bersama pasangan. contohnya sama2 belajar berbincang, bertoleransi, sama2 mengingati ke arah kebaikan n jangan sekali pendam perasaan ketidakpuasan hati. justeru perlu berbincang secara berhemah.. Kematangan, kesabaran, kepercayaan dan kejujuran adalah penting dalam perhubungan..Malah paling penting pegangan agama. Perlu jadikan kekuatan untuk tidak melanggar batas2 agama (peringatan utk diri jua).


Jika yang ada merancang berkahwin tahun depan atau tahun2 depan amatlah baik jika anda bermula dari sekarang. Bercinta juga pun perlu belajar bagaimana ingin menjaga hati pasangan. Jadikan pasangan anda bukan sahaja kekasih tetapi kawan paling baik anda. coz bila bersama nanti (kahwin) dia adalah kawan yang sentiasa menemani anda sepanjang kehidupan anda. tol tak? Berkongsi hidup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan anda seadanya. "Nobody perfect".

Saya sendiri jua tak terlepas dalam situasi ini. berusaha dan berusaha menjadi lebih baik untuk bersama.Insyaallah. Ada 1 kes saya terbaca bercinta 14 tahun tetapi bercerai selepas 3 tahun berkahwin kerana masing2 terlalu pendam perasaan tidak puas hati dan terlalu mengejar kesempurnaan. Tiada kesempurnaan dalam kehidupan rumahtangga kerana pasti ada dugaan n ujian seperti godaan pihak ketiga, masalah kewangan, masalah peribadi, bercanggahan pendapat dan macm2 lagi. ada juga kes yang isteri bekerja kerajaan mempunyai harta sendiri iaitu rumah, kereta dan wang. Kehidupan yang terlalu berdikari n tidak memerlukan bantuan suami dan sering meninggalkan suami sendiran di rumah mereka kerana isteri mempunyai rumah sendiri. Pelbagai kes2 yang pelik terjadi sekarang ini. Tetapi janganlah jadikan kes perceraian orang lain sebagai kelemahan utk kita terus berusaha. Kehidupan bujang berbeza daripada kehidupan berumahtangga kerana adanya perkongsian hidup suami isteri dalam satu bumbung. Anda perlu fikirkan sudut positif dalam membina kehidupan rumahtangga..kehidupan punyai isteri atau suami..bukan sahaja hubungan seksual sahaja tetapi meliputi kekeluargaan. Bijaklah anda dalam menentukan hubungan yang harmonis.

Contohnya apa yang saya nak cuba terapkan ialah membaca yasin pada setiap malam Jumaat (sudut agama) bersama bakal suami (harap ada kerjasama). Insyaallah dapat biasakan. Skarang pun akui lama tak start balik apa yang biase buat dulu. coz kita sering alpa kan kehidupan duniawi hingga lupakan akhrawi. Lagipun amalan ini baik untuk mendapat ketengangan ,keberkatan bahkan mengeratkan hubungan suami isteri. Ini kerana berkongsi aktiviti bersama samada sosial mahupun agama. sebab saya katakan jadikan bakal suami@bakal isteri sebagai kawan baik kita.

Sebagai yang akan dan telah bergelar isteri, belajarlah memasak untuk suami. Kenali makanan yang disukai suami. Saya pun masih dalam proses belajar memasak.hehe. Bolehlah dikatakan saya boleh memasak walau takde la terer sangat cam chef wan. Dah try masak untuk si dia 2,3 kali sudah. (Nanti masak menu lain plak..hee). Bukan apa, ada ustaz pernah mengatakan memasak untuk suami dengan penuh kasih sayang bukan sahaja mendapat pahala tetapi mengeratkan hubungan suami isteri dan mendapat keberkatan serta menambat hati suami. Ringankanlah tangan anda untuk belajar memasak k. Tentu anda akan happy jika dapat melakukannya kan?


Kita juga jangan sekali2 merosakkan keprcayaan yang diberi oleh pasangan kita kerana untuk membina kepercayaan semula memakan masa atau sukar untuk percaya lagi. Ini akan merosakkan perhubungan.Jangan nak terhantuk baru nak tergadah. Kemaafan yang diberi jangan dijadikan untuk kita mengulangi kesilapan lagi. berubah dengan semangat dari pasangan.

Selain itu, kawallah sikap marah n emosi (saya sendiri agak kalah soal ini), n bersabar serta menggunakan kata2 yang baik ketika berbicara. Kita ni bila marah, semua yang terucap kita lupa samada ianya memang hadir dalam hati atau sekadar keluar di bibir sahaja.


Kita juga perlu menjaga pasangan masing2 dengan menjaga batas2 pergaulan dengan kawan2 kita yang lain. Tidak salah kita menjalinkan persahabatan tetapi jangan lebih2. Ada tu antara kita sampai luangkan masa hujung minggu dengan kawan berlainan jenis n masa lain plak dengan kekasih. Macam kawan kita tu kita layan macam kekasih jugek. Apa kes? ada juga berlaku perkara ini melalui permerhatian saya (Mintak jauh berlaku pada saya). Sebab di atas tadi saya katakan jadikan pasangan anda kawan paling baik anda. coz dialah perkongsian hidup anda nanti. Malah dengan cara ini mengeratkan hubungan pasangan dan anda akan lebih memahami pasangan anda. Jika anda tidak mampu menjaga batas pergaulan antara kawan2 sekeliling anda samada kawan baru anda atau kawan lama, bagaimana apabila kahwin nanti? Sebab ada kes yang saya baca dari nwspaper berita harian semalam yang suami berkawan dengan kawan perempuan satu opis tetapi lama2 terbit bibit cinta tetapi lama2 diketahui isteri juge.Isterinya masa tu sambung studi. Jangan ingat perkara yang kecil tidak mencetuskan api yang besar dan marak yang boleh menggoncangkan rumahtangga anda. Jika anda sayangkan sesuatu perhubungan jagalah sebaiknya2. Jangan bila kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup anda baru anda nak menghargai kerana hati yang terluka sukar utk kembali seperti dahulu. Ibarat kaca terhempas walau bercantum ianya tidak akan seperti dahulu. Pasti retak2 itu masih berbekas.huhu.. Jangan juga bandingkan kekasih anda dengan kekasih lama anda. Jangan merahsiakan kisah hitam anda dari pasangan. Contoh anda kehilangan kesucian. Ini kerana lambat laun si dia akan mengetahui juga.

OKLa. Panjang plak entry saya kali ini bila masuk bab kahwin..hehehe..p sekadar berkongsi. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya. Insyaallah berusaha dan berdoa agar memperoleh rumahtangga yang bahagia. AMin,,


p/s: Ingat berkongsi pandangan dengan mr Lanz malam tadi.hihi..Jadikan ilmu anda perolehi sebagai panduan, pedoman dan amalan yang baik. Semoga kita meniti kebahagiaan di alam perkahwinan hingga ke akhir hayat. Amin


Nukilan: Dianaz