Sunday, February 28, 2010

Misi Berjaya!!

Salam,

Last weekend, mylove dtg kat putrajaya..apalagi,, dating la..hihi..dah dua bulan tak jumpe..1st time lama tu..biase paling lama 2mgu..amik ko..uhuk2!

Dating kali ni menjalankan misi untuk shoping kat area SOGO je for..tettt.. so, berjaya..dari jam 12pm smpai 430pm dpt menghabiskan misi ni..hee..Alhamdulillah...

ngan mylove juge g tgk wayang,,plan nak tgk niyang rapik..tp tiket sold out..huhu..tgk wolfman..mylove siap tertido..hehe..bosan kan cter ni...next weekend dpt jumpe agi kan.. Insyaallah.. cian mylove demam plak...huhu..

wlau dah jumpe tp tetap rindu juge..n yg penting semakin hari semakin sayang:::Misi Berjaya!!

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Tuesday, February 23, 2010

Perbualan Telefon

Rabu > 24 Feb 2010 >Jam 1240pm>Pakai Telefon opis


Kring2
Sayang: Hello

Abang : Assalamualaikum

Sayang :Waalakumussalam WBT.. katne ni?

Abang : kat opis..

Sayang : o..kuar tak tgahari ni?

Abang : keluar

Sayang : Ingat tak pesan smlm ? (pesan? tak pesan pun..dia yg offer sbnarnyer)

Abang : errr.. Beli buku tu..pospaid

Sayang : haa..ingat pun.. beli tu..kalu tak jagala..hehe

Abang : postpaid tgahri ni... buku petang..tapi takleh balik malam tgal spek

Sayang : o tadi kata kat org ttgal H/P nak cepat, dia pun tgal..okla ek

Abang : ok.. makan molek erk

Sayang : ok.. bye..

Abang : Bye

Wednesday, February 17, 2010

citer tudung::

Salam,

skang ni mcm2 tudung kan..yg glamer tudung ekin..dulu tudung bawal..kat p.mlm aku tengok byk jual tudung ekin.. cantek2.. p tak sure suai tak aku pakai tdung ekin.. tdung syria kejap je timbul.. maklumla ramai tak bape suke sbb tdung tu menampakkan bentuk muke:: tudung bawal paling bertahan dr aku sekolah menengah lagi smpai skrg.tp tgk tdung ekin bagai nak menggelamkan tdung bawal..aku skang jarang pakai tdung bawal..kerap pakai tudung syria bersekali tdung ct takpun aku pkai selendang.. sbb malas nak iron..hee. teringin nak mencuba tudung ekin plak..suai ke tak..


cantik ku tengok::ct nurhaliza pun pkai tudung ekin..eh tudung dia la kan..dia beli..hahaha





Tuesday, February 16, 2010

Tensen ngan org tak faham2:::

Salam,

Cuti raya cine ni aku banyak habiskan cuti kat umah abang aku kat Serdang.. lgpun 1st time g umah dia n tdo sana..coz dulu abang aku bujang, mana leh tdo umah dia kan..skrg abang aku dah berstatus suami org..leh aku tdo umah dia kenal kak ipar..kak ipar aku baik, rajin n memang baik la.. tapi bosan jugekla..abang aku anak pun takde agi..so, lepak je la kat umah dia..aku tak balik kampung.. ingatkan bizi ngan keje..tapi keje syik postpone je..mybe bulan Mac ni balik kampung kot kejap..windu juge kat ma abah famili kat kampung.. nak balik kerap2 kena jimat2 juge skrg ni..byk komitmen nak kena bayar itu ini..yela, kalu kite citer komitmen kite nak suh org faham, lain pula org faham kan. bagi dorg bila komitmen kite byk makna kita berduit mampu bayar itu ini..pk dlm simpanan kite bykla tu..hakikatnya smakin byk komitmen smkin byk la duit kuar nyer mcm air mengalir..lom smpia hujung bulan.. mcm2 dlm kepala nak kena pk.. yela takkan nak habiskan duit dlm simpanan kan.. dah name simpanan..guna time tol darurat@perlu r kan..

adala aku luah sal kewangan..byk nak bayar..ingat org faham..n ada hulur duit sbg sedekah/belanje coz spanjang keje tak smpat nak belanje makan kan.. nak bagi hadiah utk hari penting pun tak smpat..tut2 org yg belanje tu dah mintak pinjam..seratus dua ok lagi...ni 5 6 ratus..minggu lepas dah kuarkan 4 ratus utk famili dah tak termasuk bulan2 aku masuk..ni ada org mintak plak(bukan mak ayah aku la).. dah tu gtau tak dpt bagi mcm merajuk plak..huhu..tak sedap jugek la hati aku..tapi tu la.. diri sendiri plak terumbang ambing..hujung bulan ni nak aku nak pakai duit jugek bukan sikit2 tau cecah kat 4 angka.. kenapala org tak faham2.. bagi pun salah tak bagi pun salah...dahla keje tak tetap agi::: huhu

pe2..ngan myLove, aku epi.. hee

Thursday, February 11, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Salam Sejahtera.



Bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina 2010 saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2010 kepada semua Warga Blogger..

Semoga perayaan ini akan dapat mengeratkan lagi semangat 1Malaysia
.

Wednesday, February 10, 2010

birunyer bajuu::

Salam,

Dah amik baju yg tempah ngan Umira Collection..Kelate..tempah online.. Alhamdulillah dah slmat sampai..tp warna nyer biru..hmmm.....sbaik ada adik kakzu, en zainol temankan amik baju tu..maklumla takde transport sendri kan..tapi biru ngat laaaa..hentamla labu:::






nota: hari ni keje dapat focus untuk semakan..hee.. mylove bizi je..skang nak tgk dia update blog dah berbulan tak update kot..syik outstation je..tapi sbaik la dia tak miss satu hari contact aku kan..dia contact aku mcm biase mcm tak bizi aje.. tp cian masa rehat dia tk byk.. aku nak ggu dia pun takut,, bukan takut dia marah..tapi takut mengganggu..

Tuesday, February 9, 2010

Baju:::

Salam,

tempahan baju dah sampai pg tadi..silap plak bagi alamat rumah..so, takde orang kat umah..huhu..terpaksa tuntut kat pejabat pos laju..tak sabar nak tgk baju baru tuu..hehe..

susahnyer nak g precint 2 time opis hour::uhuk2..cedey:: kalu en lan ada sini kan best:: ;P

Sunday, February 7, 2010

Senarai Blog Yang Aku sukeeee:::

Salam,

List Blog yang aku selalu juge bukak:::>>>>

http://achemm.blogdrive.com/

http://nalzarinar.blogspot.com/

http://idupqica.blogspot.com/

http://cinchilla.blogspot.com/

http://azhafi-83.blogspot.com/

http://hasril.blogspot.com/

http://eazy-minute.blogspot.com/

Thursday, February 4, 2010

Alahai :::

Salam,,,

HMm..after aku nak balik opis mylove SMS gtau odway balik ke kuantan dah dari hulu langat..tgh SMS si dia pesan balik jgn bg kena ujan...si dia pun dah demam..aku sihat aje...aku suh si dia tdo le dlm kete..coz aku pun dah sampai umah..rehat n tgk cter Na o Mei TV3..630PM..

Dalam jam 900pm si dia call aku guna public phone:::suspen juge aku bila dia ckp ada masalah..dlm kepala aku masa tu pk kete dia takde::o pe ntah..upenyer HP dia tertinggal dlm kete kwn..kwn dia plak balik kuala terengganu..membebel jugek aku..tapi tak marah la kat dia..cian plak..cume geram cikit je la..hihi..rasa nak gigit kang..sbb hari tu si dia cuai jugek tgal wallet dlm taxi.hmm:: biasela tu kan:: cume si dia gtau HP dia tu dpt hari selasa nti..maknanyer dalam 4 hari la tak dpt berhubung..huhu..tp si dia ckp nak beli HP baru esok n no simcard baru:: hmm

so, mlm tu bual jap je la.. n tak dpt SMS cam biase..tp malam tu aku bzikan diri ngan studi n tgu smpai ngantuk..lalalala::

Tuesday, February 2, 2010

Entry : Ntah pe2:::

SAlam

skrg aku mule aktif facebook,, dulu frester...tapi tak tahu kenapa fster aku dah diblock..huhu...aku ni jahil la jugek bab internet...tapi suke mencuba...suke2 je join...nak cari kwn2 lama sbnarnyer...bukan kekasih lama le...so, kwn2 lm2 aku kat fster yg baru jumpe dlm dunia cyber yg dari sekolah tadika, sek rendah, sekolah menengah n zaman u hilang camtu je..tu la aku baru join facebook ni.. org 1 st yang aku add adalah kwn aku kak zu... kbykan kawn opis la...

takde pe nak update kot stakat ni,,, takde pe yg menarik pun::: juz aku dah mula start masuk kelas school driving... dah tua baru nak mik kan...takut jugek tapi inisiatif nak berubah... nak ada lesen kete mcm org lain...tapi takdela niat nak racing..bawa pun lom tentu terer...huhu... pe yg aku dapat input masa dgr taklimat 1st day kelas hari tu..malaysia merupakan carta tertinggi kadar kemalangan di jln raya n jalan tar di dunia..dunia tu wei..dgr2 lepas ni lagi susah nak lepasi lesen..so, aku amik skang...tak tangguh2..so, sape2 tak amik lesen lagi...amik la lsen skang...lesen pun mahal jugek skang ni... p pandaila survey harga...aku mik kat ulu klang...harga RM700 tu je utk lesen kete..moto n kete RM900...slmat maju jaya

nak studi n lunch pasni..bye2