Monday, July 13, 2009

::Kehidupan yang lebih baik::

Salam,

Dalam umur yang semesti bertambah, malahan setelah bertungkus-lumus menghabiskan studi di universiti..akhirnya melangkah ke alam pekerjaan yang memerlukan lebih berdikari kerana aku smkin dewasa..tapi dewasakah pemikiran aku sekarang ini..matangkah aku dlm keehidupan ini..malahan hidup di perantauan jauh daripada ma, abah..kulalui kehidupan ini sendirian..kdg2 hati ini kalah dengan dugaan yang mendatang..kdg2 memerlukan seseorang yg memahami diri dan menggembirakan hati ini tatkala hati gundah kusut pedih..bukan kecewa cinta tapi masih mencari mencangkar sekulumit kejayaan yang mampu merubah kehidupan diri dan keluarga di kampung.. ya, aku bukan anak kaya, bukan anak raja, bukan anak menteri mahupun sape2..aku hanya anak kampung yang datang ke kota dengan segenggam ijazah yang bukannya jaminan aku berjaya tapi hanya sekadar tiket semata2..tanpa berbekalkan usaha dan doa tak mungkin angan yang aku harapkan menjadi realiti pasti terkubur..tapi anak kampung tidaklah bermakna "kampung" selamanya..tapi aku percaya bermula anak kampung la yang bergelar menteri, doktor, pegawai,usahawan berjaya dan beraneka kerjaya profesional atau berjaya..semuanya berbekalkan usaha yang rajin dan tidak putus asa..Pernahkah kita tahu org yang berjaya melalui kehidupan perit terlebih dahulu..kecualilah ianya datang dari anak bangsawan or sewaktu dengannya (anak kaya raya,,,

aku masih dalam kesedihan..malah sedih itu bagus..sebagai pembakar semangat..aku juga bersyukur mempunyai famili yang agak tegas padaku..jiran2 juga memberi nasihat padaku.sang kekasih yang setia memberi sokongan..


tapi..bercakap mengenai C.I.N.T.A, aku mempunyai seorg teman istimewa..si dia aku kenali semasa sama2 belajar di universiti...aku tidak pernah mengenal cinta.. Dengannya la aku kenal apa itu cinta, sayang, rindu, sedih, kecewa..dan macam2..kadang2 aku cerminkan diri aku..maksud aku muhasabah diri..dalam perancangan yang agak jauh lagi untuk melangkah ke alam perkahwinan..(kot).. aku sedar aku banyak membuat kesilapan..aku masih tidak cukup sikap sabar, masih tidak bijak menutur kata,, tidak reti menghargai,, kelemahan yang aku perlu ubah..untuk bergelar seorang isteri bukanlah berdasarkan ilmu belajar tinggi ke menara gading,, tetapi ilmu tanggungjawab seorg isteri dan seorg ibu kepada anak2 nanti serta teman kepada suami..melalui perhubungan ini aku perlu belajar..belajar menjadi insan yang lebih sabar, lebih bijak menutur kata..malah ilmu lain -layan suami, memasak,mengemas dan lain2..aku ada baca artikel dari penulis yang bertauliah soal ilmu perkahwinan..melalui kisah kwn2 yang sudah berkahwin..kata kawan aku yang aku rasa takut dan mintak simpang n dijauhkan la-" Lelaki masa bercinta sanggup berkorban apa sahaja ikut apa kemahuan kita, tapi bila kahwin takde semua tu, malah minta diturutkan isteri mengidam pun tidak mahu diturutkan,,mentang2lah aku takde 1 sen duit", kata seorg sahabatku..Pesan kawan ku itu lagi."na, janganlah kawin awal, tak best..cariilah pasangan yang betul.." Tapi macam mana kita nak tahu pilihan kita itu adalah terbaik??? tapi bak kata Rossa dalam lirik lagunya "tak semua lelaki itu busuk....."

aku percaya dia yang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,,, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat..so, jadilah yang baik2..

tapi takde perkahwinan yang perfect..yang bahagia je..pasti ada dugaan yang mendatang,, hadapilah dengan sabar dan toleransi bersama pasangan..apa yang pernting."Kerjasama". kerjasama sesama pasangan sebab kita hidup adalah bersama, berdua..tol tak?

Dalam bahagia adanye jugek duka..terimalah pasangan seadanya dan jauhi sikap panas baran dan kurang sabar ataupun tidak boleh bertoleransi,,ungkit mengungkit..Lembutkanlah hati.. Buatlah keputusan dikala hatimu nan sejuk..tapi bukan kamu seorg yang mudah dipujuk rayu mahupun diperbodohkan..

Aku ada menonton rancangan SEMANIS KURMA..bgus rancangan tu..Kata ustaz dan ustazah suami isteri tu.."Janganlah memandang kekurangan pasangan tetapi hargailah kebaikan apa yang ada pada pasangan anda, pasti terbitlah kebahagiaan..Kerana setiap manusia di dunia ini sape sahaja ada kekurangan dan kelebihan diri masing2..

panjang entry kali ini..p tak habis cter kehidupan ini kan..>>>


Sekian..

No comments: