Monday, December 29, 2008

NOVEL,,,,,

Last wikend, aku menghabiskan masa dengan membaca novel..Alhamdulillah aku dapat menghabiskan novel yang aku pinjam dua buah iaitu Air Mata Kasih dan Ego.hee..erm...


Sinopsis AIR MATA KASIH tulisan Norhayati Berahim
Mengisahkan Farah Diba yang berselisih faham dgn ayahnya.ayahnya bersikap tidak suka kepada anak perempuan.Sejak kecil lagi Farah Diba menderita seolah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan telah dianaktirikan berbanding abang Farid dan adik lelakinya Fuad yang dikasihi oleh ayahnya. Tetapi Farah Diba mempunyai umi yang begitu menyayanginya. Walaupun ayahnya tidak tidak suka orang perempuan tetapi beliau hanya sayangkan isteri dan arwah ibunya dan percaya hanya arwah ibu dan isterinya wanita yang baik.. ayahnya beranggapan wanita tidak baik disebabkan percaya kononnya kakaknya punca kematian ibunya dan menjadi pelacur serta melarikan diri.

Ayah Farah Diba mempunyai company pembinaan yang diuruskan bersama anak lelakinya sahaja. Malah di company beliau hanya lelaki sahaja yang bekerja!! Farah Diba tidak tahan dengan sikap ayahnya lalu tinggal berasingan dengan famili..dia tinggal bersendrian di apartment dan membuka kedai sendiri iaitu kedai haiwan peliharaan kucing..Kucing tersebut dijual.Malah jika terjumpa kucing kurap sekalipun dia akan menjaga pemakanan dan kesihatan kucing tersebut.. Pada suatu hari seoarang pemuda iaitu Daniel datang ke kedai Farah diba membeli kucing Parsian untuk kekasihnya yang baru Daniel kenal iaitu zira dengan harga RM800. Tetapi dipendekkan cerita Zira telah bergaduh dengan Daniel kerana Daniel ternampak zira bersama lelaki lain dirumahnya.Zira memang seorang pelacur dan tujuan dia bersama Daniel hanyalah kerana wang Daniel semata2. Oleh kerana marah Zira telah membuang kucing tersebut dari tingkat lima apartmennya!! kejam sungguh si zira!Daniel mengambil kucing tersebut dan menghantar kembali kepada Farah Diba. Farah Diba sangat marah dan tidak akan menjual lagi kucing kepada Daniel.. Kucing tersebut cedera teruk dan patah kaki.Puas Daniel mintak maaf daripada Farah diba..bermula dari situ daripada meminta maaf Daniel terpikat dengan kecantikan Farah Diba yang bertudung, simple n baik.

Klimaksnya adalah dikejutkan dengan ayah, abang n adik Diba telah hilang semasa melakukan snorkling di salah sebuah pulau, Australia semasa mereka bercuti. Begitu juga ayah Daniel yang turut sama bercuti dengan sahabat karibnya ayah Farah Diba. Disitulah Daniel mengetahu Farah Diba adalah anak kawan karib ayanhnya. Maka oleh kerana ramai ingin menerajui company ayah Farah Diba maka bapa saudara Farah Diba iaitu Basri meminta Farah Diba mengganti ayahya buat sementara kehilangan ayahnya n adik beradiknya yang lain. Farah Diba menerimanya atas rasa tanggungjawab seorang anak. Banyak perubahan yang dibuat Farah Diba dan dapat membuka dalang si lelaki cina (lupa namanya) yang merasuah, makan duit dan macam2la..Semua pekerja company ayah Farah Diba menyukai cara Farah kecuali si Cina yang jahat itu. Daniel yang banyak membantu Farah Diba dalam menrajui company ayahnya kerana dia tidak mempunyai pengalaman. Tetapi sikap Farah Diba yang tidak malu bertanya dengan orang bawahannya dan bijak membuatkan dia dapat memajukan company ayahya..uminya turut memberi sokongan kepada Farah Diba.

Dikejutkan ayah Farah Diba telah dijumpai dan selamat pulang bersama yang lain. Cuma Fuad sahaja yang masih koma. ayah Farah Diba akhirnya terbuka hati juga berbaik semula dengan Farah atas peristiwa yang membuatkan beliau sedar apabila kakaknya Farhana kembali ke tanah air bersama keluarganya. Farhana menceritakan hal sebenar dia melarikan diri kerana ayahnya cuba menjadi dia sebagai anak ayam dan dia melarikan diri kerana ibunya menyruhnya agar dia selamat dari sifat jahat n kejam ayahya. Malah disebbkan Farah Diba tidak menrima sesen pun gaji selama menguruskan company ayahnya dan gaji yang dibayar oleh ayahnya ddermakan kepada organisasi welfare atas nama ayanhnya menyebabkan company ayahnya mendapat banyak tawaran tender. Kesedaran ayahnya untuk menghapuskan egonyanya yang sekian lama dipegangnya menyebabkan Farah Diba berbaik semula dengan ayahnya.Malah Ayahnya menyesal kerana takut kehilangan Farah Diba yang terkena demam denggi. Ayahya takut tidak sempat meminta maaf dan ayahnya mendapati ramai yang menyayangi Farah Diba bermakna Farah diba adalah seorang anak perempuan yang baik...Tapi Farah Diba selamat. Adiknya juga turut sedar dari koma. Kebahagiaan keluarganya yang diharapkan oleh Farah Diba kembali menyinari hidupnya sepertimana yang diharapkan selama ini.. Banyak watak antagonis lain yang diselitkan dalam novel iaitu bapa saudara Farah Diba isitu sin Kassim cuba merampas company ayahnya tetapi tidak berjaya. Diakhiri cter ini apabila Farah Diba menerima Daniel sebagai kekasihnya atas kebaikan Daniel terhadapnya sepanjang dia menerajui company dan dia sakit di hospital...TAMAT

Diceritakan kembali oleh:Dianaz

p/s:- aku dapat bagi 2 stars je la sebab asyik cter camni je takde kelainan kan.. tapi pengajaran dia banyak kalau korang baca,,,novel satu lagi next time plak aku sinopsiskan walau yang ni pun panjang gak..aku nak kontiniu keje daa..hee.. yang satu lagi besh..misteri..tungguuuuu...hee

1 comment:

Lanz™ said...

waa..reviewnya bagus amat! he