Sunday, January 11, 2009

alamak....

sedang enak mataku dibuai mimpi2 yang penuh misteri,tragis, dramatis, fantasi..aku dikejutkan oleh teman sebilik ku.."na,,,air takdela..".arghhh..dalamm agak terkejut aku mula membuka mata yang agak keberatan..owhhh..taknak g kerja la camni",desis ku dalam hati..tapi rugi la gaji aku ikut hari keje", hati aku berdesis sekali lagi..dengan agak kemalasan aku cuba bangkit..terkial2 ke bilik air.ku terpandang ada sedikit air yang aku jerang di dalam periuk..ku ambil untuk gosok gigi n cuci muka..aku tak dapat tunaikan solat subuh hari ini..owh..air..air..krisis air melanda di flat aku..ketakselesaan menyelubungi tubuhku kerana tidak biasa ke tempat kerja tanpa membersihkan diri terlebih dahulu..darurat..terpaksa mengihstiharkan darurat pada diriku sendiri tanpa perasmian atau pengumuman di kaca tv..sebaik selesai sahaja ku mencuci muka dengan cleanser safi dan menggosok gigi..aku terus menyeretikakan baju kurung ku untuk ku pakai di ofis nanti..arghhh..tensen..tensen..selesai sahaja aku berbuat demikian, aku periksa di bilik air..air sudah ada!! so aku pun mandi n smyg subuh jam7:30am...huhu..bergegas bersiap ke tempat kerja dengan menaiki bas Nadi Putra..tunggu bas..ramai yang beratur menunggu bas..itulah aku rasa satu keunikan flat umah aku..beratur sebelum menaiki bas dan tanpa berebut2..jalan raya agak sibuk sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja.mungkin disebabkan kemalangan kecil kereta dengan kereta di tepi jalan menyebabkan kesesatan lalu lintas..aku sampai di tempat kerja..aku terlewat 1 minit..8:31am aku sampai..huhu..masuk ke ofis..aku terus mengadap pc aku..cukup membosankan..kerja takde! huhu.. aku banyak meluangkan masa aku dengan melayari internet..membaca blog2..membaca utusan online..Puan Asiah bos aku bagi arahan bla bla..tapi keje tu pun ciput je..terus dilayani kebosanan..

Waktu lunch, jam1245pm aku, fina n sal ke cafe..menjamu apa yang ada..aku memilih menu nasi berlauk saje.. Fina memberitahu aku dia hepi coz dapat kerja baru..swasta kat bangi..Fina mengajak aku join sekali kerja kat situ..gaji pun lagi ok dari tempat aku kerja sekarang..area bangi tempat studi aku dulu..company IT..melalui sembang ktaorg yang lebih bersifat future, masing2 memberi pendapat masing2..apa pro n kontra nya..dengan keadaan ekonomi yang agak meruncing..macam2 boleh jadik.huhu..tensen terus meyelubungi benakku..satu keluhan kecil aku di depan teman2 sepejabatku..arghh..tensen..tapi teman2 aku sempat membuat kelucuan..yang membuat aku turut tertawa dengan Fina..Azamnya "Mencari calon suami n kerja tetap sekaligus"..haha..mahu aku tak gelak.."tahap wajib kawin kawan aku ni",tersembur kata2 aku kepada Fina..Dia tersenyum keriangan..hmm..ntahla..memang betul juga kata temanku "dengan keadaan ekonomi tak ok, nasib aku n teman2 sebagai pekerja khidmat singkat bila2 masa boleh diberhentikan dengan keadaan ekonomi sekarang, baik cari keje tetap kat swasta..ntahla...sape mahu jawab..alamak...beban menyinggah lagi di kepalaku"...tolong..sape mahu tolong aku huh?

mana mahu kupilih..Oh Tuhan...

1 comment:

Anonymous said...

ciannye..mau jd calon isteri?huhu