Masa berlalu begitu pantas.hari ini 2 Januari 2009 bersamaan 5 Muharram 1430H.. begitu pantas sehinggakan aku rasa sekejap cuma kehidupan yang kulalui..dengan azam baru n Alhamduliilah azam tahun lepas banyak tertunai.Cuma tahun baru ni muncul azam baru yang amat penting pada aku..aku harap perjuangan aku untuk kali ini berhasil n tercapai..iaitu kerjaya aku.after dat,aku akan teruskan baki-naki perjuangan lain..sememangnya perjuangan tidak pernah akan selesai, bukan?..baik untuk diri, famili, agama, bangsa dan negara sentiasa ada perjuangannya.mungkin berlainan cara tapi tujuan adalah sama.Kerana Allah..Insyaallah..dengan keberkatan dariNya.
Walaupun sudah hari kelima menyambut tahun baru bagi umat Islam tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga tahun baru ini adalah penghijrahan yang lebih baik dan terus terbaik.
Walaupun aku berada dalam dunia kerjaya tetapi ianya masih di tahap aku masih merangkak.aku cuba untuk berdiri agar aku tidak jatuh dan tersungkur.Walau jatuh sekalipun aku akan bangun, bangkit.Disitu akan lahir kepuasan biarpun adanya sedikit kegagalan.tetapi itulah perjuangan. Berjuang sebelum mati. jatuh itulah bibit perjuangan yang akan kugapai kemenangan.
Aku berjaya menamatkan pengajian ku di UKM pada 11 Ogos 2008. Sebulan berehat aku diterima bekerja secara kontrak di jabatan kerajaan.Alhamdulillah.Aku cuma berharap mendapat pekerjaan tetap bagi jaminan hidupku. Semoga usaha ku mendapat keberkatanNYA. aku mula belajar secara praktikal berbanding dahulu secara teori. Terasa betapa tidak cukup ilmu lagi tetapi aku akan cuba berjuang mencari ilmu ini walau dalam dunia kerjaya. Aku dapat belajar melalui pegawai2 yang berpengalaman malah juga kakitangan sokongan yang turut menyumbang bakti. Ragam, karenah birokrasi dan bermacam-macam lagi. Kadang2 jauh di hati aku ini ada perasaan menyampah dengan segelintir kelompok yang kulihat angkuh! Aku tidak mahu suatu masa aku bersikap demikian. Tetapi ada juga kelompok yang berjawatan besar lebih mulia, berjiwa keibuan, malah tegas tetapi berhemah yang aku jumpai.aku ingin sepertinya. Dengan berbekalkan semangat baru dan pengalaman baru ini satu suntikan baru untuk aku bijak menyusun strategi dan kekuatan bagi perjuangan aku. Insyaallah niat yang baik mendapat hasil yang baik. Amin ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment