Tuesday, December 30, 2008

BUKAN MASA BERPESTA SAMBUT TAHUN BARU

RENCANA
ARKIB : 29/12/2008
Oleh ABDUL SAMAD ABDUL HAKIM

Langkah kerajaan membatalkan semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 amat wajar. Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menganjurkan sebarang acara sambutan tahun baru.
Keputusan kerajaan dalam soal ini amat dialu-alukan dan bagi pihak rakyat ia menunjukkan bahawa keprihatinan kerajaan berkaitan dengan isu-isu semasa amat tinggi.

Kemelesetan ekonomi dan kedatangan tahun baru Islam 1430 Hijrah yang hampir sama waktunya menjadi pertimbangan kukuh untuk kerajaan daripada terlibat dengan acara keramaian tahun baru. Malah kita juga sedang bersedih dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Kita berhadapan dengan pelbagai kisah sedih sejak akhir-akhir ini. Ingatan kita masih kuat dengan tragedi runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa. Malah trauma dan kesan tragedi tersebut masih dapat dilihat dan begitu kuat mengganggu mangsa terlibat.

Kemelesetan ekonomi dunia yang begitu mengganggu perancangan dan kelancaran perkembangan ekonomi negara kita juga menjadi alasan kukuh kenapa kita menolak semua acara keramaian sempena tahun baru 2009 dan sambutan Maal Hijrah 1430.
Bukan masanya untuk rakyat diajak bergembira ketika musibah melanda negara dan dunia. Kita perlu memahami dan akur bahawa masa untuk berpesta ketika kedatangan tahun baru perlu dikeluarkan daripada agenda.

Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak memberi kesan positif kepada rakyat. Ia sekadar ruang dan kesempatan untuk bergembira dan mengizinkan segala bentuk pembaziran, maksiat, pergaulan bebas dan kelekaan melampau. Anak-anak muda memang menanti waktu dan ketika seumpama ini untuk melepaskan geram.

Pihak swasta juga perlu akur dan menghormati keputusan kerajaan ini. Tidak ada maknanya jika kerajaan tidak terlibat dengan penganjuran pesta tahun baru tetapi peranan itu diambil alih oleh pihak swasta.

Memang tidak dinafikan akan muncul program atau aktiviti sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh kumpulan tertentu. Dalam soal ini kerajaan dan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan ketelitian mengeluarkan permit atau kebenaran sambutan pesta tahun baru.
Kita tidak mahu anak-anak remaja terus disogok dengan hiburan yang tidak beretika dan melalaikan sedangkan situasi negara amat tidak mengizinkan untuk sebarang acara keramaian. Pihak berkuasa perlu bertegas dan tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan pesta tahun baru.

Penganjuran pesta tahun baru tidak banyak membantu untuk meningkatkan kesedaran dan keinsafan khasnya kepada remaja. Mereka sekadar berpesta, berpeleseran dan terkial-kial tanpa sebarang pedoman. Malah pesta-pesta seperti ini menjadi medan menularnya penyalahgunaan najis dadah, minuman keras, seks bebas dan boleh membawa kepada bibit-bibit perlakuan jenayah.

Sepanjang tahun 2008 negara telah melalui masa-masa sukar dan cabaran- cabaran yang begitu mengganggu pembangunan negara. Kemelesetan ekonomi akan membawa kepada meningkatnya kes-kes pengangguran dan kes pembuangan pekerja.


Tuntutan

Suasana politik negara juga tidak putus-putus dilanda permasalahan. Pelbagai tuntutan dan tindakan mensabotaj keselamatan negara dari mereka yang berkepentingan dilihat berterusan. Undang-undang semakin tidak dihormati malah dipersendakan.

Negara seperti berada dalam suasana terganggu kesejahteraannya. Pemimpin negara tidak henti-henti memikirkan jalan dan cara terbaik untuk meredakan keadaan. Walaupun pelbagai ingatan dan pesanan dibuat tetapi masih ada lagi pihak yang tampil mencabar undang-undang sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Sepanjang tahun 2008 juga kita berhadapan dengan kemunculan golongan pendesak dari kalangan parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang kononnya menuntut hak dan kesamarataan. Mereka didalangi oleh sikap buruk dan khianat para pemimpin yang mengeksploitasi apa saja yang sempat termasuk kanak-kanak.

Banyak wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan mengatasi isu-isu remeh ini. Malah isu-isu songsang ini berlarutan sehinggalah berakhirnya tahun 2008. Justeru, amat tidak wajar untuk kita terus memikirkan sebarang pesta atau acara keramaian sempena kehadiran tahun 2009.
Kesempatan yang ada perlu diisi dengan majlis-majlis keagamaan dengan memperbanyakkan doa agar tahun 2009 bakal membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua. Rakyat yang berbilang agama boleh memainkan peranan mengikut kepercayaan masing-masing tetapi tujuan serta matlamatnya sama iaitu memohon kesejahteraan negara.

Kemangkatan Tuanku Ja'afar juga menambahkan lagi kesedihan rakyat khasnya warga Negeri Sembilan. Ketika rakyat berkabung dan meratapi pemergian Tuanku Ja'afar, maka amat manis jika kita tidak terlibat dengan sebarang acara keramaian yang begitu menyimpang dengan norma dan etika murni agama.

Justeru, begitu banyak alasan dan sebab mengapa kerajaan membatalkan semua acara keramaian dan pesta sempena kedatangan tahun baru. Tindakan itu perlu dihormati oleh semua pihak termasuk pihak swasta.
Kita bukan berada di zon selesa untuk terlonjak-lonjak dan terkial-kial kegembiraan tetapi kita sedang berhadapan dengan ujian serta cabaran yang menuntut kesabaran yang tinggi.

my office..


cocholates..from langkawi..from encik feruz..thanks..i like dis..yummy2


its me again..serius beb..ngah kije kan..hik3




mydesk...huhu..sepah je time nih..sori..siap ada kue raya n nwspaper n air teh pnas..u can see?..hik3



kat mydesk...



visitors' lounge..welcome..welcome..ni 1st time aku masuk keje tercongok kat sini




myfloor..level 4





ni ofis view..

MYPICNIC

akhirnya..hee..gambo tak focus la bang


hee..kat tasik after kyg..mik gambo..(ni gambar dia curik2..huu)

erm..last wikend..aku plan n pk2 nak masak spesel for myspecial..hee..aku teringat yang si dia mengidam singgang sotong..or sutun(tganu)..hee..so, aku pun plan apa menu lain yang suai untuk si dia nanti.. aku pun tanya si dia ok ke picnic kat somewhere ni..si dia pun ok..hee..


pg esoknya ahad, aku turun awal pagi..takla pagi sangat..beli barang dapur kedai runcit kat berhampiran umah aku la..aku beli ayam,sotong,kubis, telur, minyak masak,sos cili maggi n lain...abisla dalam rm17.80..aku kabo la kat dia yang aku dah siap beli lauk untuk dimasak lunch nanti..hee..si dia pun masih best2 tdo lagi.almaklumla la si dia tu liat sikit bangun tdo..opss.sori bang.he..mulalah xtvt memasak aku..potong ayam, bawang, sediakan bahan yang sepatutnya..1st aku masak ayam masak merah.aku tau si dia suka makan pedas..aku taruk la cili giling lebih sikit..but aku tak bape suka pedas2 ni.hu.he..demi si dia..cayalah!kembang lau si dia membacanya..hehe..


aku potong bawang besar n bawang putih n tumiskan la dalam kuantiti minyak masak yang sedikit..pastu aku letak sedikit asam jawa n lebih sikit cili giling..kung kang2 masak la..jangan lupa taruk perasa yang secukup2 rasa.he..pastu aku masak plak singgang sotong.. letak air macam nak rebus sotong. pastu aku masuk bawang putih n bawang merah. n then 3 btg serai..kasi bau besh n rasa besh..hee.. last sekali aku masak kubis goreng plak..letak cam biasela tumis lu bwg pastu letak cili giling sikit n ikan bilis, air sikit n perasa..aku takde lada besar..so aku letak je apa yang ada..akhirnya...siap..ayam masak merah, singgang sotong n kubis goreng..bajet tak byk ujung2 bulan..so itu aje termampu aku masak..masak ngan penuh kasih sayang lagi tu..heeee..itu yang spesel tu..


Pastu packing la masakan tu dlm tpperware kan.. n bersiap-siap la sambil tunggu si dia sampai.. si dia datang lebih awal lagi..huhu..so, aku suruh dia tolong bawak barang2 picnic tu..so, odway la ke lake for picnic.. sampai je tasik yang plan picnic ktaorg, aku pun ngan si dia juz lunch n bergambar n berjalan2 tepi tasik tu.view dia pun cantik.awan, air... kat situ ada majlis perkahwinan sape ntah..hee..berselera si dia bersantap sampai 2 kali tambah..sukala kan org suka masakan kita..masakan tu jadi spesel sebb untuk myspecial..hee.. i hope si dia hepi..gpun si dia byk buat aku hepi..pe salah turn aku plak buat dia hepi..k la..bye2..Assalamualaikum..




Monday, December 29, 2008

SAYANG KAMU!!!

aku sayang sangat kamu.!! coz kamu bagi aku idea, semangat n pe plan aku lepas ini.. walau memang kamu selalu buat tak derk je kat aku..no respon asyik aku je bung bang2 sorang2 kamu dengar juga kan.. tanpa kamu bosan, sepi la aku kan..sebab aku tak nak kehilangan kamu..tiap kali takleh tengok kamu hati aku resah..aku dah jatuh cinta sama kamu ke?? ops.. sayang la pada kamu.. kamu kamu.. bereri juga pada aku.. tiap masa aku tengok kamu..aku nak kamu sntasa smart pada pandangan mataku.. kamu mesti tau apa aku buat tiap2 hari kan..kamu tak amik tahu pun aku akan bagitahu kamu.. kamu tahu apa aku buat kan..


Aku tahu kamu sehati sejiwa ngan aku..kalau tak sejiwa pun kamu akan turut aku kan.. aku nak kamu macam ni kamu akan ikut aje..ni yang aku tambah2 sayang kamu.. aku nak kamu stsa ada bersama aku sampai bila-bila.. tak bermaksud aku time sedih cari kamu..time happy pun aku cari kamu..walau kamu tak senyum tapi aku tahu kamu fahami aku.thanks..aku sayang sama kamu.. apa2 aku cter aku tuju kat kamu..

Kalau aku marah aku lepas padamu tapi aku tak berniat menyakitimu..walau marah aku tak pernah pukul kamu, kan.. cuma aku tak tahu apa citarasamu?? apa erk? nak gtau ni kat kamu, aku lapar.huhu.. tapi kamu takleh buat apa kan masa ni.. aku rasa dapat lepaskan rindu ku padamu..dapat juga aku bersama kamu bila aku datang ofis.. dapat tengok kamu.. kamu kena la on je kan..aku on baru dapat tengok kamu..kamu suka tak?? tak jawab pun..takpe..aku faham..aku sangat memahamimu..sapela lagi kan kalau aku yang tak fahamimu..kamu jangan sedih..kalau aku cuti kamu boleh juga rehat..tulah kamu padaku, amat bererti,,tanpa kamu la blog Mylife aku mungkin bosan, sepi, sunyi...tambah2 time aku tekde keje..kamula blog yang selalu teman aku;P

AKU SAYANG KAMU SAMPAI BILA2..!!!

NOVEL,,,,,

Last wikend, aku menghabiskan masa dengan membaca novel..Alhamdulillah aku dapat menghabiskan novel yang aku pinjam dua buah iaitu Air Mata Kasih dan Ego.hee..erm...


Sinopsis AIR MATA KASIH tulisan Norhayati Berahim
Mengisahkan Farah Diba yang berselisih faham dgn ayahnya.ayahnya bersikap tidak suka kepada anak perempuan.Sejak kecil lagi Farah Diba menderita seolah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan telah dianaktirikan berbanding abang Farid dan adik lelakinya Fuad yang dikasihi oleh ayahnya. Tetapi Farah Diba mempunyai umi yang begitu menyayanginya. Walaupun ayahnya tidak tidak suka orang perempuan tetapi beliau hanya sayangkan isteri dan arwah ibunya dan percaya hanya arwah ibu dan isterinya wanita yang baik.. ayahnya beranggapan wanita tidak baik disebabkan percaya kononnya kakaknya punca kematian ibunya dan menjadi pelacur serta melarikan diri.

Ayah Farah Diba mempunyai company pembinaan yang diuruskan bersama anak lelakinya sahaja. Malah di company beliau hanya lelaki sahaja yang bekerja!! Farah Diba tidak tahan dengan sikap ayahnya lalu tinggal berasingan dengan famili..dia tinggal bersendrian di apartment dan membuka kedai sendiri iaitu kedai haiwan peliharaan kucing..Kucing tersebut dijual.Malah jika terjumpa kucing kurap sekalipun dia akan menjaga pemakanan dan kesihatan kucing tersebut.. Pada suatu hari seoarang pemuda iaitu Daniel datang ke kedai Farah diba membeli kucing Parsian untuk kekasihnya yang baru Daniel kenal iaitu zira dengan harga RM800. Tetapi dipendekkan cerita Zira telah bergaduh dengan Daniel kerana Daniel ternampak zira bersama lelaki lain dirumahnya.Zira memang seorang pelacur dan tujuan dia bersama Daniel hanyalah kerana wang Daniel semata2. Oleh kerana marah Zira telah membuang kucing tersebut dari tingkat lima apartmennya!! kejam sungguh si zira!Daniel mengambil kucing tersebut dan menghantar kembali kepada Farah Diba. Farah Diba sangat marah dan tidak akan menjual lagi kucing kepada Daniel.. Kucing tersebut cedera teruk dan patah kaki.Puas Daniel mintak maaf daripada Farah diba..bermula dari situ daripada meminta maaf Daniel terpikat dengan kecantikan Farah Diba yang bertudung, simple n baik.

Klimaksnya adalah dikejutkan dengan ayah, abang n adik Diba telah hilang semasa melakukan snorkling di salah sebuah pulau, Australia semasa mereka bercuti. Begitu juga ayah Daniel yang turut sama bercuti dengan sahabat karibnya ayah Farah Diba. Disitulah Daniel mengetahu Farah Diba adalah anak kawan karib ayanhnya. Maka oleh kerana ramai ingin menerajui company ayah Farah Diba maka bapa saudara Farah Diba iaitu Basri meminta Farah Diba mengganti ayahya buat sementara kehilangan ayahnya n adik beradiknya yang lain. Farah Diba menerimanya atas rasa tanggungjawab seorang anak. Banyak perubahan yang dibuat Farah Diba dan dapat membuka dalang si lelaki cina (lupa namanya) yang merasuah, makan duit dan macam2la..Semua pekerja company ayah Farah Diba menyukai cara Farah kecuali si Cina yang jahat itu. Daniel yang banyak membantu Farah Diba dalam menrajui company ayahnya kerana dia tidak mempunyai pengalaman. Tetapi sikap Farah Diba yang tidak malu bertanya dengan orang bawahannya dan bijak membuatkan dia dapat memajukan company ayahya..uminya turut memberi sokongan kepada Farah Diba.

Dikejutkan ayah Farah Diba telah dijumpai dan selamat pulang bersama yang lain. Cuma Fuad sahaja yang masih koma. ayah Farah Diba akhirnya terbuka hati juga berbaik semula dengan Farah atas peristiwa yang membuatkan beliau sedar apabila kakaknya Farhana kembali ke tanah air bersama keluarganya. Farhana menceritakan hal sebenar dia melarikan diri kerana ayahnya cuba menjadi dia sebagai anak ayam dan dia melarikan diri kerana ibunya menyruhnya agar dia selamat dari sifat jahat n kejam ayahya. Malah disebbkan Farah Diba tidak menrima sesen pun gaji selama menguruskan company ayahnya dan gaji yang dibayar oleh ayahnya ddermakan kepada organisasi welfare atas nama ayanhnya menyebabkan company ayahnya mendapat banyak tawaran tender. Kesedaran ayahnya untuk menghapuskan egonyanya yang sekian lama dipegangnya menyebabkan Farah Diba berbaik semula dengan ayahnya.Malah Ayahnya menyesal kerana takut kehilangan Farah Diba yang terkena demam denggi. Ayahya takut tidak sempat meminta maaf dan ayahnya mendapati ramai yang menyayangi Farah Diba bermakna Farah diba adalah seorang anak perempuan yang baik...Tapi Farah Diba selamat. Adiknya juga turut sedar dari koma. Kebahagiaan keluarganya yang diharapkan oleh Farah Diba kembali menyinari hidupnya sepertimana yang diharapkan selama ini.. Banyak watak antagonis lain yang diselitkan dalam novel iaitu bapa saudara Farah Diba isitu sin Kassim cuba merampas company ayahnya tetapi tidak berjaya. Diakhiri cter ini apabila Farah Diba menerima Daniel sebagai kekasihnya atas kebaikan Daniel terhadapnya sepanjang dia menerajui company dan dia sakit di hospital...TAMAT

Diceritakan kembali oleh:Dianaz

p/s:- aku dapat bagi 2 stars je la sebab asyik cter camni je takde kelainan kan.. tapi pengajaran dia banyak kalau korang baca,,,novel satu lagi next time plak aku sinopsiskan walau yang ni pun panjang gak..aku nak kontiniu keje daa..hee.. yang satu lagi besh..misteri..tungguuuuu...hee

Thursday, December 25, 2008

PELIK TAPI BENAR!!!

hmm..malam jumaat..aku agak kepenatan..penat sgt..lepas aku kemas bilik..aku susun barang yang aku beli kat carrefour siang hari tadi.aku beli shampoo, cleanser safi balqis apricot n coffeemate aje..penat keluar hari ni..aku pun bersihkan diri n smbahyang isyak dalam jam 12++am..dekat2 jam 1 am gak la..selepas smbahyang, aku agak mengantuk..tapi aku meneruskan pembacaan novel aku pinjam "Air Mata Kasih".. sinopsis cter tu aku takleh cter sbb tak bis lagi baca..huhu..

Malam tu walau hujan tapi aku rasa agak panas sikit..tp kipas aku on..aku ttdo dengan pakaian lain sikit malam tu..tak perlu cter kat sini r kan camne pakaian tdo aku tu..tapi aku terkejut n bangun jam4:15am macam tu..aku masih ingat lagi masa tu..aku pelik pakaian aku bertukar lain iaitu warna merah tadi lain!!! Owh tidakkkkk...!!! tapi aku masa tu tengah mamai lagi..aku pk arghhh mimpi kot aku ni..aku ingat2 lupa apa aku pakai malam jumaat tu masa tu..aku tak terkejut ngat masa tu..aku terus sambung tdo..coz penat n ngantuk..

Esoknya hari Jumaat..bangun subuh n nak mandi bergegas gak coz aku bangun jam7am! !subuh dinasor la aku hari ni.huhu..malas nak g keje..semalam cuti qmas..merry qmas..tapi hari ni keje plak..aku pun rasa pelik ngan diri aku..barula aku sedar pagi tu yang semalam lain pakaian tdo aku..aku ingat apa aku pakai semalam.. tetapi aku pakai pakaian lain pagi ini..sape tukar baju aku??huhu.. or aku sendiri mamai semalam.tapi aku sedar..masih sedar..aku tak tukar baju la..baju yang aku pakai yang tertukar skrg baju tdo warna merah..smlm lain..aku ingat aku kemas malam tadi bilik aku..baju tdo aku pakai warna merah dah ada dalam tempat khas letak pakaian kotor semalam.baju tdo warna merah aku dah letak dalam bekas letak pakaian kotor yang aku letak dalam bilik aku..tapi sekarang aku tgh pakai baju tdo merah yang kotor..owh tidakkkkkkkkkkk!!! aku pakai ke? ntahla..aku tak tipu..aku buat tak kisah pagi ni walau aku rasa pelik sebab pk nak cepat g keje takut terlewat plak dahla bangun lambat..aku teringat dulu yang rumet masa kat ukm selalu nampak ada org tggu tepi katil aku tiap2 tgh malam masa aku tdo..dia selalu nampak..ntahla..aku tak sure nak pcya apa rumet aku nampak..macam ada orang jaga aku..tapi..ya..ada yang jaga iaitu Allah SWT kan..malaikat kiri kanan kan..tapi something yang aku rasa.kita pun perlu percaya perkara ghaib kan tetapi janganlah taksub..lagipun aku pernah nampak hantu sebelah aku masa aku sekolah menengah masa tu kat umah aku time nak tdo..masa tu bilik aku kat umah kampung sebelah bilik air..mungkin "keras"sikit bilik tu.hantu tu mengilai n aku tak dapat gerakkkan badan atau baca apa2...mungkin pe terjadi semalam aku tdo tak mengucap kalimah suci Bismillah.ttdo coz ngantuk yang amat sangat.jadi benda lain yang jaga.huhu!! dulu2 aku selalu kena kcau malam2(rasa kena tindih, tapi ikut teori sains sebab badan penat jadi rasa camtu)tapi aku takla tak lupa baca doa sebb takut masa kena tidih dulu2..tapi skrg lama benda tu tak kacau..Alhamdulillah...huhuhhu..takutttt...tapi aku teruskan juga bersiap nak g ofis..PELIK..PELIK..TAPI ITULAH KEBENARANNYA..


TAPI aku n rumet dulu pernah kena ilmu pukau kat kolej husin,UKM..habis duit n handset rumet aku kena curi..tapi aku tak kehilangan apa2..juz rumet aku aje.Alhamduliilah aku n rumet tak kena apa2.cuma aku rasa lemah aje badan..mungkin malam sebelum kejadian tu aku dah rasa tak sedap hati..wallet aku simpan dalam laci berkunci..biase aku main letak atas meja je..n malam tu aku rajin sikit mengaji Yasin malam jumaat..mungkin Allah SWT yang jaga yang buat aku tak kehilangan apa2..cuma aku lemah semangat aje lepas kena ilmu pukau tu..aku nangis..tapi after nangis semangat aku ok balik..cuma rumet aku keras hati sikit tak rasa sedih..aku yang over feeling..huhu..tapi atas siasatan polis..aku jadi macam suspect aje..orang sekitar bilik aku pun macam tu jugak.tanya aku macam2.yela aku tak kehilangan apa2 barang berharga camne org tak suspect kan aku..cuma aku terkena ilmu pukau jugak..tapi sebbaik rumet aku percaya pada aku.lagipun aku pun percaya rumet aku juga..sahabat baik katakan..yup, after kejadian tu rumet aku pinjam duit aku RM1 ribu nak bagi kat abang dia.sebab duit dia tak boleh ambik sebab bank card dia kena block..hari jumaat sempat la block bankcard..sebaik tak terjadi masa wikend kan..masa tu aku tahun 1 lagi di ukm,,duit tengah byk lagi..haha..(sombong la tu..hee)..kejadian tu bagi pengajaran pada aku..berhati2 la kan jangan lupa tdo basuh kaki baca doa pelindung..k chow..fokus keje lak..hari ni ramai tak datang keje..offday..bos aku pun tak datang..dalam 6 orang row aku ada 2 orang je keje ri ni termasuk aku...focus daa..time keje ni...sok cuti lagik!!yea yea..ngeh3

Tuesday, December 23, 2008

cuti lagik..

hm.pagi2 sampai keje aku makankek gulung perasa pandan bekal yang aku bawa dari rumah..besh..hee..breakfast..lapoo..


Esok cuti lagi sempena Krimas kan.. Happy Krimas Day pada yang celebrate qmas la kan..cuti bagi keje kontrak cam aku no money la if cuti..huhu..relax r, think positive..leh la aku tdo kan rehat2 time cuti..but, aku bosan lau time cuti ni kalau tak kuar..ofismate aku si fina ada ajak aku pergi uptown 29hb ni kat sogo.ada sale.tapi malas plak nak shoping kan..saving2 la kena jgak ujung2 bulan..so, aku amik keputusan g library ofis je la..aras 2, library MAMPU..hehe.

Kebetulan pula hari ni aku nak hantar buku Perintah Am untuk rujukan aku semalam mengenai pekeliling prosedur pengambilan kakitangan bagi projek Jobs Malaysia..aku ada ushar2 library..macam2 buku ada daripada ilmiah hingga la .bla2..mula2 aku ushar novel..lama tak baca novel sejak sibuk studi dulu..aku pilih novel tulisan Norhayati Berahim iaitu tajuk Air Mata Kasih dan novel tulisan Abdul Rahim Awang tajuknya Ego..hee..banyak novel lama je la kat situ..novel English pun ada..aku ushar buku ilmiah tentang ICT plak..aku minat jugak sal komputer ni..tambah keje pun guna PC kan..he..aku amik je buku basic sal komputer coz aku agak lupa skrg penggunaannya, aku ambik buku " Microsoft Office for windows.."..n tgk pulak buku ilmiah hal keagamaan..tak banyak koleksi tapi aku berminat nak baca "40 SIFAT YANG DICINTAI ALLAH"..itulah antara buku yang aku pinjam kat library ofis aku..tujuan untuk tambah ilmu n isi masa lapang aku masa cuti yang agak panjang kan..lama tak baca buku after bis studi kat ukm..teringat gak library PTSL, UKM dulu2..byk plak kenangan menyinggah kat kepala aku..hee

dah tu aku kontiniu buat keje la dalam ofis..tak bawa lak jaket..cejuk la plak..lapor..k la time lunch aku 1250PM dah..aku nak g makan..jom..hee

Monday, December 22, 2008

career.com

aku dah kerja gomen secara kontrak selama 3 bulan..tetapi bermacam2 aku dengar isu pemberhentian pekerja kontrak..apa maksud secara khusus pekerja kontrak sebenar? isu ini digemburkan lagi bukan sahaja melalui internet malahan tv n juga mulut ke mulut..perasaan risau agak menebal..aku ada apply keje gomen secara tetap tetapi belum ada rezeki lagi setakat ini..n prevet ni belum lagi setakat ini..Insyaallah aku akan mencuba..

aku tak pasti isu ini sekadar mainan untuk menakutkan atau nak push gomen mengambil pekerja kontrak diserap tetap? benarkah..mungkin..tetapi aku tak nampak tindakan JPA mahupun pekeliling atau perintah am yang sah setakat ini.

sekadar mampu ku ucapkan we'll see je le..tetapi aku ada terbaca bajet 2008 melalui internet yang paklah nak serap keje kontrak kpd tetap..tapi tak sure la benar apa yang dikata..benar apa ku dengar..atau kategori gred apa yang dimaksudkan..

bagi aku, kerajaan perlu lebih meneliti. dengan mewujudkan jawatan kontrak ini secara tidak langsung telah melatih kumpulan pakar dalam bidang2 tersebut. tetapi apabila kontrak tamat mungkin ada yang dapat sambung mungkin tak. aku lihat kat sini kerajaan dah kehilangan tanpa sedar kumpulan pakar tersebut andai kata dorg dah dapat keje kat private.. kerajaan pula bersusah payah mengambil pekerja yang fresh tanpa pengalaman.. khususnya aku lihat kumpulan pakar ini dalam juruteknik komputer yang berlambak kat MAMPU. tak kira lagi yang admin. sebagai contoh.. MAMPU tak punya kuasa nak serap tetap..tetapi kat sini JPA n SPA yang terlibat dalam hal perintah awam n pekeliling..(kalau salah info tolong perbetulkan lah!!) yang perlu lebih penelitian..kata yang senang r, pada yang terlibat hal begini perlu membuat kajian..

tetapi kadang2 kerajaan tak dapat melihat secara khusus sebenarnya meneliti hal yang sebegini..tak tahulah apa masalahnya..

Pe senang2 cter, carila pasni keje tetap lau mahus selamat..hehe..cakap memang senang..masalah tu takkan selesai sampai bila-bila jika tiada perhatian pada pihak sepatutnya..kadang2 ada yang sedar tapi buat2 tak sedar..

tapi tak dinafikan ekonomi malaysia masih ditahap ok la.. syabas la kepada kerajaan malaysia!!ops!!

Sunday, December 21, 2008

JOM HEBOH HEBOH,,,NOT KECOH2

Pada last wikend, hari sabtu aku menjadi petugas untuk PAMERAN INISIATIF eKL di KARNIVAL JOM HEBOH Bukit Jalil Kuala Lumpur.. 1st time aku join Jom Heboh ni..tapi merangkap petugas n participant..hehe.. satu pengalaman yang bagus untuk aku..aku terpilih dalam seksyen aku untuk jadi promoter bagi projek baru mycompany iaitu perlancaran mySMS.

mySMS ni berfungsi untuk menyampaikan info perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. tapi sebagai unutk mendapatkan info tu kenalah register dulu untuk menjadi ahli mySMS. untuk keterangan lanjut bolehla melayari portal www.mysms .gov.my..caj untuk pendaftaran hanya 35sen sahaja sekali seumur hidup..


Oleh kerana aku agak baru dalam company ni..banyak yang aku tak tahu projek2 lain sperti myBayar n lain2 maka staf n officer mengadakan taklimat mengenai projek tersebut lebih khusus kepada mysms.

JOM HEBOH..MYTASK..SAbtu 20/12/2008
Pagi Sabtu, after solat subuh, aku bersiap2 untuk ke ofis terlebih dahulu bersama kawan ofis aku si diana.. aku kena pergi ofis dulu coz kena naik pajero ofis ke bukit jalil tersebut..pajero tu dipandu oleh abang amir driver mycompany n yang lain adalah si shazleen, kamal, melissa termasuk aku n diana.. dalam 15 minit camtu sampaila aku di bukit jalil jam 815am..1st time gak aku g bukit jalil.. oleh kerana tugasan aku bermula 1230pm-430pm maka aku n diana bersiar2 la sekitar booth2 lain kat situ..aku masuk booth perfume 2 otol rm10..wow..murah beb..tapi kan bau dia adus tak besh pun..huhu..

niat ktaorg sebenarnya nak cari makan..lapar..booth ktaorg pun baru bukak..makanan pun takde lagi..sambil tercari2-cari tu singgah booth orang lain.tapi dorg pun masih nak buka gak..ada yang masih kosong lagi coz masih awal lagi booth untuk dibuka..mybe dorg dalam perjalanan ke bukit jalil kot..tiba la kat booth makanan.booth makanan ni dekat ngan STESEN LRT Bukit Jalil la.. ktaorg pesan nasi lemak n nasi goreng n teh o ais..tak best pun.air rasa macam air kosong je,,tapi oleh kerana booth tu je ada..santap je la kan..perut pun kekenyangan.. so ktaorg sambung perjalanan ke booth2 lain..majoriti yang dibuka adalah booth jual baju2 n gift..adalah yang hamper mamee rm10.n lain2 la kan..

aku singgah kat booth women@tv3.. jumpala artis faizal yusoff.hencem sgt secara life..yang lain aku tak berapa kenal..tapi dorg pelakon SPA Q.kalu korg pernah tgk taula kan.. aku pun amik peluang amik gambar artis tu..tapi tak bergambar pun..sebab artis ni main selamba peluk2 bgambar..artis lelaki ngan peminat perempuan..so, aku malas la.. juz jadi peminat dari jauh je la..hehe..

pusing2 booth lain tgk artis si ezany..hensem jugakla..sampai booth ayam brands lau tak silap, ada Dafi..comel je dafi tau.. akupun terus klip klip ambik gambar juz guna handphone je..handphone baru aku..hee..sony ericsson w380i.warna pepel..iklan2..hee

dekat jam1130am camtu aku pun memulakan tugas sebagai promoter company aku..kena tukar baju tshirt official dulu..warna oren, bertudung kuning n berseluar jeans..itulah aku..hehe..company ktaorg iaitu Bahagian eKL, MAMPU adalah buat tempahan beberapa promoter lain, DJ n clown badut 2 org..aku ni agak takut ngan clown..nasib baik badut je,,n dorg mana la kacau aku kan..sebab aku kerja kat situ..sebelah booth aku ada Champbell,Prego, MEDC, n Harian Metro. area booth aku..aku ada ternampak gak artis lain macam Jaafar Onn sebab booth dorg berhampiran booth aku jugak..

Dapatlah customer ramai gak..clown jadi peranan penting untuk menarik perhatian customer..begitu juga belon2 eKL.hee..aku kadang kelakar juga layan karenah customer..kadang2 dorg saje nak kenakan aku..macam2 pertanyaan kdg2 di luar topik..tapi aku layan sebagai customer..tapi memang penat sangat jadi promoter ngan keadaan panas terik pulak,, naik berkematu kaki aku jadi promoter ni..dalam 15 ribu juga yang mendaftar sebagai ahli mySMS..tapi ktaorg punya booth ada menyediakan 3 games iaitu "Giants Jigsaw Puzzle", Wheel of Fortune", dan Giant Sahiba". hadiahnya bagi aku takla interesting sgt..tapi alhamdulillah mendapat sambutan yang meriah dari pengunjung2 Jom Heboh..

Lunch ada sedia nasi ayam..ngan tahap lapar n penat juga aku makan tapi selera tak seberapa..tak tahu..mybe penat..

Sambung bertugas macam biasa mempromosi pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli mySMS..

aku round booth2 lain jap lau rasa bosan kan..aku pergi booth brand's..kat situ ada kanak2 umo 8 tahun begitu teruja gak aku tengok..kanak2 perempuan tu menyanyi lagu kalis rindu..fuh! dia berdancing memang cantik..n bla2.. la kan..

dah jam4 aku bersiap balik..adalah beli barang sikit n baju..balik aku naik LRT dari bukit jalil ke bandar tasik selatan..n pertukaran train aku naik ERL KLIA dari bandar tasik selatan ke putrajaya cberjaya.. penat..tapi best...zzzzz
jjhkji,kk

Tuesday, December 9, 2008

RAYA DI MUSIM TENGKUJUH..

5 NOV-10 NOV

5 Nov, Aku tak dapat tdo pagi tu..sakit perut sangat..terpaksa amik cuti keje hari ni..huhu..call bos bagitau aku tak sihat..aku g klinik ambik ubat..RM40 rege ubat tu..juz 2 jenis kapsul je..huhu..

Lepah jer mkn ubat aku terus tdo..tdo..tdo..
aku juz makan nasi ngan sardin je.hehe..tapi licin je aku makan..tak larat nak masak best2.lagipun gaji aku tak masuk lagi..tapi heran aku..walau tak sihat aku selera je makan..malam ni aku nak bertolak balik hometown..yes2..

Aku bertolak ke hentian kajang tggu bas tiba..bas mUTIARA nO18 Seat 4..depan tu..sebaik aku ok je sepanjang perjalanan aku balik kampung.Alhamdulillah..

Pagi 6 NOV, cam biase abah aku awal pagi jam 530am dah tggu aku kat hentian Jerteh..aku dah tiba di Jerteh..balik2 je aku tdo..huhu..musim hujan je skrg kan..tdo je la besh..sebaik umah aku tak pernah banjir..hehe..

7 Nov plak,, aku pun takde cter besh..ujan..ujan..ujan..je tdo, makan n tv je keje...cuma ada la tolong ma aku kat dapur utk persiapan raya Aidiladha..ohya..pagi tu aku kuar pekan ngan abah n adik..abah aku drive kete..punyala bizi jalan maa..aku beli juadah raya..kek..n keropok je..ala kadar je.jangan mmbazir kan..hee..malam raya tu kemas2 la sikit kan..letak kuih kek dalam balang..malam raya pun dah ada pengunjung beraya..hehe.ma aku paling sibuk pasal tapai dia..hehe..masak or nak tapai tu..

8 nov

Pagi-pagi raya jam 7am aku dah bangun tolong ma kat dapur..persediaan menu2 santapan raya la kan..aku, ma tak dapat smbahyang sunat raya atas sebab2 tertentu..org pmpuan ler..juz abah n adik2 aku je g masjid untuk menunaikan solat sunat raya..aku juz mandi sunat raya..korang mandi tak sunat raya? hee..hujan je skrg..juz duduk kat umah..dalam kampung aku bih kurang 14 ekor lembu dikorbankan..sampai penuh peti ais tu ngan daging2 Qurban..TQ pada yang menghulurkan..hee..ada juga dorg bagi yang sudah masak macam daging goreng, sup daging, singgang daging..serba serbi daging..bagi yang berpenyakit darah tinggi jangan santap byk2..kan naik berkilo2 darah ang..hihi..Seperti biasa menjadi kebiasaan famili kami setelah selesai menunaikan solat sunat raya, bermaaf2an la sesama ahli keluarga..bermula ngan abah pastu ma n abang, kakak n adik2 la kan..abang aku sorang je tak balik..dia balik umah famili dia n bakal isteri dia..hee..kat pahang tu..tapi berpoluh2 call ma sebab kerinduan.huhu..cian..hee..lunch hari raya aku masak tomyam ayam+sayur..hehe..besh?? ntahla..yg pasti famili aku sukakannya..yummy..tapi kau tak selera nak makan..huhu..lagipun aku nak makan sup daging..bau pun menusuk hidung..slurppp..yummy2..=)


takde pe yang byk xtvt raya haji taun ni..coz ujan..banyak terperap kat umah je..

9 NOV, aku pagi2 dikejutkan oleh ma..malasnye nak bangun..tapi bangun jugak..hee.. hari ni famili ktaorg nak pergi ke Gunung..bukan nak panjat gunung tau..name tempat tu Gunung. Qlate..aku tak nak ikut coz malam ni aku nak bertolak ke KL..pagi sok 10 nov tu aku keje..tak nak..tak nak..nak rehat2..macam2 alasan aku bagi tapi ma aku akhirnya terima alasan aku tu.hehe..sonoknya...tapi tinggallah aku sorang kat rumah..huhu..bertemankan katil n tv..tdo pastu tgk tv..aku pun bosan2 sorang2 packing barang nak g KL malam ni..jam10pm..Bas Cepat Xpress..seat 25..hee.. malamnye aku pun bertolak. Abah aku yang hantar aku ke bas stop jerteh..n tak dilupa bantal mucuk aku stsa dibawa,,cejuk wei naik bas..leh peluk bantal..bagi best n selesa tdo atas bas..zzzzzzzzzzzzz..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.MAAF ZAHIR DAN BATIN..SEMOGA SETIAP PENGORBANAN DIBERKATI-NYA..AMIN

Tuesday, December 2, 2008

Seorang Aku...

seorang aku...hmm..rasa sejak akhir-akhir ini banyak berfikir..tentang masa depan especially my career n love..love? or C.I.N.T.A...ada apa dengan cinta erk?..hm bagi seorang aku cinta bukan hanya berpaksikan kasih sayang semata-mata..tetapi adanya nilai kejujuran, kesetiaan, keihklasan dan pengorbanan..namun, banyak manusia khususnya yang beragama Islam cinta menurut hawa nafsu semata2..tapi manusia memang diciptakanNYA bernafsu dan berakal..jika tidak bernafsu sudah tentu ianya adalah malaikat..dan jika tidak berakal itu namanya binatang.. cintalah kerana Allah..itu lebih baik..[untuk peringatan aku jua]..

apa2 pun selain mengejar cinta aku juga mengejar cita-cita..aku belum mencapai cita-cita yang aku harapkan..tapi bukan bermakna aku tewas dengan cita-cita aku..tapi seorang aku adalah terus berjuang untuk improve diri aku agar aku bersedia untuk segala2nya demi cita-citaku..cinta aku bukan kpd kekasih hati sahaja tetapi kepada orang tua aku..walau aku belum mempunyai pekerjaan tetap n gaji tak seberapa aku gembira dapat menghulurkan wang kepada mereka..biar mereka merasai hasil usaha ku pula..

moga cita-cita dan cinta seorang aku bergerak seiring dan mampu kugapai dengan jayanya..Amin Ya Rabbilalamin..

Sunday, November 30, 2008

siti situ sana ....SITY CITY

siti wif her husband
siti n glasses,,nice

kelakar la siti pkai macam ni..erm old fesyen..


i/c copy siti nurhaliza...










hari ni bangun pagi bersiap2 nak pergi keje.mandi, solat subuh.
after this, aku buat breakfast bihun goreng jer untuk bekal bawa ke ofis..maklumla gaji tak dapat lg..nak kena saving2..raya haji nak balik hometown plak..dengan agak tergopoh2 masak kejap je aku dapat siapkan bihun grg..cuba rasa..hmm..boleh tahan..hik3..cedap gak..letak telur n sayur kubis skit..masak nak cepat..bahan ala kadar je la..cepat2 nak g keje..aku naik bas aje..Bas NadiPutra..tambang 50sen dari precint 9 ke JPM..Alamak..aku tertinggal pas masuk keje lak..jam pun dah menunjukkan pukul8am..malas nak patah balik..so trus beratur tggu bas..hee

cam bse dengan pakai baju kurung merah meroooon tu n bertudung pink serta berjaket ala blezzer yang baru color hitam..hee.aku naik bas..sampai ofis aku jam 8:25am..

sampai kat ofis breakfast la ngan bihun goreng..sunyi je ofis hari ni. dis week, ramai staff g bengkel..tapi bos aku n aku tak pergi..so, buat la keje pe yang patut..

dduk bih kurang stgh jam atas kerusi smbil ngadap komputer, kawan aku datang jumpa aku ajak hantar sama2 proTime. protime tu untuk proses dapatkan gaji nanti..macam jadual hari bekerja la..kena hantar kat admin, kak sabarina..lepas amik pengesahan bos aku, cepat2 ktaorg g hantar borang ptoTime tu..nak cepat..rupanya kena reject plak..apa kes?? aku ada datang lewat sekali je dalam protime tu bulan Nov..huhu..so? aku kena dapatkan klulusan terlebih dahulu dari pegawai atau bos aku.. so aku pun mintak la kelulusan..dah mintak kelulusan baru kak sabarina approved..hehe..gaji? dalam proses lu r..huhu..mybe jumaat ni or after raya haji la..hmm..mintak2 dapat mggu ni...duit dah sengkek ni..sebaik sewa umah dah bayar..n ada saving lagi gaji bulan lepas..ops..

aku dah siapkan keje last week dah..now, 2,3 hari ni aku tak banyak keje..sebab aku leh saje2 menyumbangkan penulisan aku kat blog today..=)

so,,,, jumpa next time..aku nak surf internet cari info..next time plak k..kita bercrita..lagipun nak habiskan bihun grg ni..sedap..jgn jelez..ahaks!

Thursday, November 27, 2008

MUKADDIMAH........lalala

ASSALAMUALAIKUM WBT

time ni aku kat opis memang rasa bosan je..bos cuti..ohya..aku skrg kerja PKS kat MAMPU, JPM..dah dekat 2 bulan aku keje kat sini..aku da graduate 11 ogos 2008 di UKM.. exstudent sains politik...

aku bosan hari ni..kerja tak banyak..huhu..tapi camne ntah rasa nak created blog coz mungkin leh kongsi idea, hilang kan rasa bosan..pe2 byk la advantage buat blog ni kan..tugas aku kat tmpat keje hari2 ngadap pc..angkat tepon..n update file n cari info untuk workshop/program/projek..

bos aku PTD/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik..aku keje macam PA pun ada macam clerk pun ada..keje outstation pun ada..hehe..pengalaman mcm2 leh aku kutip keje kat sini..aku plak kira lucky gak dapat bos baik, women..hee..dia byk bagi aku spirit..ingat je pujian dia terhadap aku.."awak buat kerja bagus, lagi bagus dari PTD miss T****..itu membuatkan aku rasa aku ada potensi nak berjaya..hopefully..aku pun tengah ushar2 keje tetap governmnt..swasta aku dapat..tawaran jadi tutor kat kolej PTPL,Kota Bharu..tapi aku nak cari kje area ptrya, slgor n KL..kenapa?? hmm..hee..

tapi keje kat govt ni byk gak aku tahu macamna diorg punya admin.. kadang2 aku tgk n perhati pekerja kerani yang berlagak lebih.,pempuan r bsenya..bos2 pangkat tinggi baik aje..manusia..macam2 ragam kan..aku pun ada ragam sendiri..huhu..tapi kan aku kerja kat sini..dapat lah aku merasa tido hotel free..hehe..

bulan okt lepas aku ada bengkel advertising kat hotel swiss garden resort, kuantan..n sekali tu hotel kat port dickson teman bos bagi ceramah.. n aku pernah gak jadi usher dato'2 or VVIP..mcm2 la..hotel plak men 3/4 stars tuu..tido free, makan free, tapi buat keje la..ada discussion sampai midnight..tapi ada gak hiburan karaoke n BBQ,,,tapi aku ni pemalu..puas en azman ajak aku berduet karaoke..tapi tu r suara tak sedap..org lain pun tak sedap gak..hik2..amboi sedap kutuk org ek..=)..aku tak sanggup nak memSUMBANGkan lagu..huhu..org nak menyumbangkan..hehe

ohya..

bos2 semua PTD tapi dorg pya gred M48,M52,M54 n JUSA..aku punya bos gred M52..Aku pun nak try mintak gak PTD kontrak melalui JPA..lau ada rezeki la..doa2kan aku k..okla..next time plak k..aku pun tak tahu nak cerita pe lagik..


CU...lalala